Klik...!Klik....! Klik For More Info About This Advertisement.

Suka Blog Nie....

Monday, December 31, 2012

SARAWAK 2012

 
Dalam bot aki on the way ke kg sg banyuk, btg igan, setelah menaiki kereta lebih kurang 3 jam dari sibu-mukah-dalat-sg kut. First time budak2 nie naik bot merentasi sg rejang yg panjang dan lebar...dan hampir 15 tahun aku tak balik rumah panjang...akhirnya dapat juga aku membawa keluargaku mengenali budaya rumah panjang kat sini...
 
 
Pakcik ku yg macho...pemandu pelancong...frederick sanggau and his mum (my brother's wife)
 
Banglo aki....hihi...baru siap tahun lepas.. berdepan dgn rumah panjang sg banyuk...tak bersambung dengan rumah panjang coz senang buat kt tanah sendiri yg dikelilingi sawah yg menghijau......best2 n tenang serta damai n jauh dari kesibukan kota n asap kereta...
 
 
Kakak sempat posing...hari ke-2 kt rumah aki...belakang tu kg sg banyuk.. dah siap ada jambatan nak hubungkan rumah aki dgn rumah panjang...
 
 
 
sebahagian dari budak2 iban dari rumah panjang dtg berkunjung...seronok diaorang dapat makan2...

Abg fitri pun dah dapat kawan....seronok betul dia!
 
Matahari terbenam...subhanallah walhamdulillah...aku bersyukur kerna di beri peluang dan kesempatan utk melihat betapa indahnya ciptaan Allah SWT...terima kasih Ya Allah...

Matahari terbit...alhamdulillah wa syukurillah...indahnya ciptaanMu Ya Allah..walaupun di sini kami berbeza agama dan budaya ikatan kekeluargaan kami masih utuh dan bukannya menjadi penghalang utk kami terus bersama selamanya.....syahdu2...
 
 
 


Sunday, July 15, 2012

Cekodok sayur sarapan pagi

Sarapan pagi tadi...cekodok sayur..lama sesangat dah tak update blog ni. Bukan apa, sibuk sgt dengan aktiviti kt sekolah, kt umah...kekadang balik kampung...sibuk bebenolah gamaknye..!
Abg fitri yg request cekodok ni nk kosong taknak ada ikan! ikan bilis le...aku pun apalagi blender halus2 lah ikan bilis, karot, brokoli n bawang....campur sikit garam n kunyit....sedaplah umie...mcm master chef...komen bebudak ni...mujurlah diaorg tak tahu apa ada dalam cekodok tu...kalu nampak sekor ikan bilis @ sayur dalam tu confem tak nak makan. alamatnya aku soranglah kena bedal! encik suami lak takde g memancing kat bagan lalang dgn kawan2

fatin dah 10 bulan....besar dah anak umie sorang ni! cepatnye... masa berlalu...tgk tu fatin pun nak cekodok sayur gak!

abg fitri sambil makan sambil main game.

emmm...dapnye...

tinggal banyak nie je....kenyanglah budak2 ni utk pagi nie





Monday, March 12, 2012

Fatin dah masuk 6 bulan

 Besar dah anak umie nie...boleh meniarap n pusing2kan badan 360 darjah!

Rimaslah umie....tak nak pakai le headband nie....

Kuih akok sedap

 Kuih akok sedap area Sangang..belah kiri dr Jerantut sebelum masuk tol temerloh

seketul 50 sen

SUKANEKA TAHUNAN PASTI 2012 KAWASAN SEREMBAN

 Pasti Isbat Al-Imtiyaz (Nilai). Sukan Tahunan Pasti 2012 kawasan Seremban yg diadakan pd 4 Mac 2012 di Gelanggang Futsal, Taman Margosa.

 Abah, kakak n fatin

 Fatin n kakak

 Abang Fitri tgh tunggu dalam khemah peserta untuk acara lari berganti-ganti 4X25m

 Abg fitri....

 Bersedia nak lari....

 Acara pun bermula........

Tak sampai umah lagi dh tido....Zzzzzzzzz sampai ptg...penatnyelah bersukan!

Wednesday, February 15, 2012

Abakus Tahun 1 (Matematik KSSR)

 Abakus dalam keadaan biasa '0'

 1

 2

 3

 4

 turunkan yg bhgn atas tu bilangannya sama dgn 5

 bhgn atas turun 1, bhgn bwh naik 1 (5 + 1 = 6)

 7

 8

 9

10

Saturday, February 11, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah 2012

 Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini. Antaranya pertandingan melukis sepanduk bagi murid Tahap 2.

 Murid2 skdc yg begitu bersemangat datang pd hari sabtu....

 Begitu juga dgn guru2nya.....

 Perarakan sempena Maulidur Rasul 1433H

 Abang fitri pun join skali berarak....

 Pertandingan melukis Tahun 1

Bagusnya anak murid cikgu nie....begitu tekun skali mewarna!

Sunday, February 5, 2012

Salam Maulidur Rasul 1433H


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah SWT akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Monday, January 30, 2012

CNY 2012@Pulau Langkawi

 waiting for feri @ kuala kedah

 Pak ngah n kids @ area cable car

 window shopping

 Abah n fatin

 Baby hana yg comeiii...

 Makcik, anis n dalisha. Sempat posing lagi tuh....

 Nenek n the gang borong sakan @ Haji Ismail group

 Haji Ismail Group. Syurga membeli-belah kaum hawa....

 Abang Fitri n Dalisha

 Dataran Lang@Pekan Kuah

 Abah with his new dslr

Sempat singah Kuala Kedah makan laksa ikan seekoq. Sodap.....