Klik...!Klik....! Klik For More Info About This Advertisement.

Suka Blog Nie....

Thursday, November 21, 2013

Tuesday, November 19, 2013

LDP KSSR Matematik Tahun 4

LDP KSSR Tahun 4 disampaikan oleh Cikgu Salleh. Dihadiri oleh guru2 matematik Tahun 1-Tahun 6 SKDC....

Sunday, November 17, 2013

Jamuan akhir tahun kelas 1 Arif

Last2 minit sempat gak nk wat jamuan. Alhamdulillah ada parent yg baik hati sudi menyumbang mihun n kuih muih...terima kasih juga kpd anak2 murid cikgu yg bawa makanan dr umah...ada yg bawa jajan, nasi lemak bungkus, cupcake, sandwich, nugget, roti sosej dan macam2 lagi lah....kira byk sgt dah tu bg memeriahkan majlis akhir tahun yg tak seberapa.

Peraduan 9 kelainan KOSMO

Jom sertai peraduan mencari kelainan KOSMO Siri 1-5 bermula 1-30 November 2013. Mana tahu kot ada rezeki boleh menang..

Thursday, November 14, 2013

Aktiviti mengemas dan membersihkan kelas 1Arif

 Sukanyer budak2 ni...tinggal sehari je sekolah, lps tu cuti panjang...hari ni kena tolong cikgu kemas kelas lah ye apa2 yg patut. Bebudak tahun 1 nie apalah sgt kudratnye...setakat tolong sapu dan buang sampah tu kira oklah. Alhamdullilah ada juga parent yg rajin menolong. Nenek kpd Diyana....tiap2 pagi rutin hariannya menolong menyapu dan mengemas kelas 1Arif...sampai bebudak nie mesra dan siap panggil nenek pulak tu. Saya yg cikgu ni plak segan...kekadang tu " tak yah sapu lah makcik biar ajelah, nanti habis kelas budak2 dah balik saya sapulah"..."takpe cikgu biarlah makcik tolong nie ikhlas...cucu makcik pun dlm kelas nie..biarlah budak2 nie belajar dlm suasana yg selesa dan bersih. Kebetulan hantar diana g skolah bolehlah makcik tolong sapu dan bersihkan kelas pagi2."....Wah mmg terharu baik sungguh parent nie..spjg mengajar kt sini nie lah first time ada juga parent yg sanggup tolong cikgu sama2 bersihkn kelas dari awal tahun hingga akhir tahun.....terima kasih tak terhingga dari kami Kelas 1Arif. Sempatlah amik gambar sebagai kenangan.

 




Wednesday, October 2, 2013

Integriti Guru Sebagai Ibadah

Integriti guru sebagai satu ibadah. Penceramah Encik Hafizi dari PPD Seremban.

Healthty Tea dari Daun Belalai Gajah

Belalai gajah merupakan sejenis herba untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Antaranya menurunkan panas badan, radang paru2, jaundis, hepatitis, tulang patah dan ciri-ciri anti kanser, kencing manis, darah tinggi, sakit buah pinggang. Dapatkan segera sebelum terlambat.

Tuesday, September 17, 2013

Shaklee

Shaklee....dlm percubaan

Eat breakfast like a king....

Salam semua....
Entri kali nie nak bercerita tentang kepentingan sarapan pagi. Masa kini ramai diantara kita mengabaikan kepentingan sarapan pagi. Kalu dh bangun pagi liat, camner le nak sarapan ye...lagi2 kena plak hujung minggu...lepas subuh biasa tarik balik selimut..tidolah sampai tengahari...hihi biasalah tu saya pun penah buat. Cuma skrg nih dh taubat...almaklumlah dh jadi isteri, ibu nk kna lah bangun awal wpun hujung minggu sediakan sarapn utk anak2 n suami. Sediakan sarapan ni dah jadi satu kebiasan apabila kita mengetahui betapa pentingnya sarapan untuk menjana badan yg cergas dan otak yang sihat. Untuk kanak-kanak sarapan nie penting supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Nak tunggu sampai waktu rehat....lama tu..at least pagi tu mereka dh sarapan w/pun biskut n air milo pun jadilah. Jangan biar perut anak2 kita kosong. Kesian kt diaorg. Saya sbg guru selalu berhadapan dgn situasi kalu budak2 x sarapan nie memang x leh tumpu perhatian dalam kelas...asyik2 akan tanya, "cikgu bila nak rehat nie, laparlah......"

Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Sumber: Berita Harian


Oleh itu, marilah kita sama2 amalkan hidup yang sihat dengan bersarapan pagi. Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.Sumber: Berita Harian 



Monday, September 16, 2013

Cuti Hari Malaysia

Selamat menyambut Hari Malaysia kpd semua rakyat Malaysia.Semoga Allah SWT senantiasa memberkati dan melimpahkn rahmatNya ke atas rakyat Malaysia. Aminnnn.......

Saturday, September 14, 2013

Kes Kena Aniaya Dengan Linguaphone

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog Mutiara Hati. Lama dah tak update blog ni. Sebenarnya takde idea nak tulis apa. Untuk entri kali ini lebih kepada luahan perasaan dan tidak puas hati terhadap Linguaphone. Haritu dgn suami bercita-cita nak tukar kereta lain...almaklumlah kereta dah lama enjin pun semput so nak buat loan lah utk beli kete. Tahu2 kna CTOS. Rupanya linguaphone punya kerja. Dgn perasaan x puas hati call diaorg. LP kata saya ada amik barang diaorg pada tahun 2002. masa tu mmg ada deal dgn LP nih .Ada byar deposit tapi x jadi amik barang. Masa tu cuma kata tak jadi amik barang tapi x sign agreement utk cancel...itulah yg silapnyer...almaklumlah x fikir panjang lagipun masa tgh blajar lagi kat U....ingatkn salesman tu betu2 dh cancel rupanya pembayaran tu masih berjalan hingga sekarang.....tahu2 nk kna byar 12k ...gila ke apa LP nih...terkejut beruk. Rupa2 nya bila check kt intenet byk kes penipuan LP nie yg melibatkan student U. Kira kes naya nie....kalu ada sape2 yg pernah kena dgn LP nie bolehlah share...saya pun dah letih memikirkan apa yang patut dilakukan lagi.....feeling:(

Thursday, February 7, 2013

KELAB TUNAS SENI BUDAYA

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Kelab Tunas Seni Budaya semasa Kokurikulum

Murid-murid bersemangat belajar tarian sumazau..

Cikgu Norazian gigih melatih anak-anak murid belajar asas tari tarian sumazau

Menari secara berpasangan

seronoknyeee budak2 nie...

Wednesday, February 6, 2013

KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5

PROJEK EKSPERIMENTAL MENGGUNAKAN STRAW

Murid-murid Tahun 5A dengan projek eksperimental masing2

Kumpulan murid perempuan Tahun 5A

Projek eksperimental guna straw 

jambatan Pulau Pinang

Menara Petronas

KLCC

Monday, February 4, 2013

Patin Tempoyak Temerloh

Tahun 2013 sudah menjelma...terima kasih banyak2 kepada pengunjung setia blog Mutiara Hati. Agak lama jugak lah penulis tak mengupdate blog nie...sebenarnya banyak perkara jugaklah yg hendak dikongsi...tetapi almaklumlah sibuk bebenolah dengan tugas yg tak pernah kurang...bertambah banyak adalah hihihi....Haritu masa balik pahang sempatlah singgah kat Temerloh...membeli ikan patin masak tempoyak yang dah siap masak..seketul harganya mencecah belas2 ringgit jugaklah. Tengok jenis patin gak...sedaap memang sedap...almaklumlah patin dari sg pahang! Jom kita layan gambarlah ya....

Patin baru masak.....

Patin Tempoyok Temerloh memang sedap n glamer...

Sempat anak-beranak posing...