Klik...!Klik....! Klik For More Info About This Advertisement.

Suka Blog Nie....

Tuesday, September 17, 2013

Eat breakfast like a king....

Salam semua....
Entri kali nie nak bercerita tentang kepentingan sarapan pagi. Masa kini ramai diantara kita mengabaikan kepentingan sarapan pagi. Kalu dh bangun pagi liat, camner le nak sarapan ye...lagi2 kena plak hujung minggu...lepas subuh biasa tarik balik selimut..tidolah sampai tengahari...hihi biasalah tu saya pun penah buat. Cuma skrg nih dh taubat...almaklumlah dh jadi isteri, ibu nk kna lah bangun awal wpun hujung minggu sediakan sarapn utk anak2 n suami. Sediakan sarapan ni dah jadi satu kebiasan apabila kita mengetahui betapa pentingnya sarapan untuk menjana badan yg cergas dan otak yang sihat. Untuk kanak-kanak sarapan nie penting supaya mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian semasa guru mengajar. Nak tunggu sampai waktu rehat....lama tu..at least pagi tu mereka dh sarapan w/pun biskut n air milo pun jadilah. Jangan biar perut anak2 kita kosong. Kesian kt diaorg. Saya sbg guru selalu berhadapan dgn situasi kalu budak2 x sarapan nie memang x leh tumpu perhatian dalam kelas...asyik2 akan tanya, "cikgu bila nak rehat nie, laparlah......"

Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.Sumber: Berita Harian


Oleh itu, marilah kita sama2 amalkan hidup yang sihat dengan bersarapan pagi. Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah.Sumber: Berita Harian 



No comments:

Post a Comment