Klik...!Klik....! Klik For More Info About This Advertisement.

Suka Blog Nie....

Wednesday, November 30, 2011

Free Poise Slim Pad and Regular Liner Sample

Free sample lagi! Kali nie dari Poise.
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Poise ni, bolehlah layari laman web POISE

Tuesday, November 29, 2011

New Gadjets@PIKOM PC Fair Seremban

Abang Fitri with his new gadjets!

New gadjets with free gifts from PIKOM PC Fair@Seremban

Nasi Lemak Sotong @ Banting


Jalan-jalan cari makan di Banting. Nasi lemak sotong kat sini memang sedap! Kat sini memang banyak deretan kedai nasi lemak sotong. Tapi orang kata yg paling sedap kat gerai Warisan Pak Musa. Kalau korang pegi Pantai Morib bolehlah singgah jap kat Banting makan nasi lemak sotong!

Thursday, November 24, 2011

Kuruskan Badan(Part 3)

Photobucket
Kurus dan langsing dengan Premium Beautiful

Kuruskan Badan(Part 2)

Photobucket

Free Sample from MamyPoko

Photobucket 
Dapat free sample lagi! Macam biasalah untuk dapatkan free sample nie korang bolehlah melayari laman web MamyPokoClub 

Pokok Limau Kasturi

Pokok limau kasturi depan rumah dah berbuah banyak setelah sekian lama dok dalam pasu. Aku rasa lebih 5 tahun lah kot. Baru hari tu terfikir nak tanam kat depan rumah yg ada tanah sekangkang kera. Barulah ada hasilnya!
Inilah hasilnya. Nampak segar kan! Bolehlah nak buat teh O ais limau nie......

Afrin Farhana @ Baby Hana

Baby 11/11/11. Diberi nama Afrin Farhana Binti Mohd Firdaus. Comei kan! Tahniah kepada makcik n family atas kelahiran cahaya mata yang ke2.

Mee Bandung Muar


Hari tu, on d way to JB sempatlah singgah Muar. Nak makan mee bandung muar. Sebenarnya tak tau tempat best kat mana. Orang kata kat area bandar, tapi hubby tak jumpa. Dahle kt bandar sesak masa tu! Jadi kitaorg terlanjak sampai Tanjung Emas. Jumpalah gerai No.9. Bolehlah dari takde langsung. Nak cari lagi kat mana paling best tak larat lak pulak. Perut pun dah lapar masa tu. Walaupun rupanya tak berapa menarik tapi oklah...not bad!
Inilah hasilnya. Licin sehingga menjilat jari! Siap beli perencah mee bandung lagi. Nanti ada masa bolehlah cuba sendiri kat rumah.

Aktiviti Cuti Sekolah (Part 1)





Aktiviti time cuti sekolah minggu pertama. Abang fitri kena belajar ABC. Untuk mengelakkan rasa bosan suruh dia warnakan ABC tu...barulah seronok sikit. Itupun dah tengah2 dia dah boring. Siap suruh lukis ultramanlah, robotlah, angry birdlah....akhirnya...abis juga warnakan ABC tu sampai Z!

Kakak n Baby Fatin

Photobucket
Kakak n Baby Fatin

RM100

Bantuan persekolahan RM100 dah dapat sebelum cuti sekolah ari tu. Alhamdullilah...bolehlah nak tampung sikit2 belanja persekolahan kakak untuk tahun depan.

Wednesday, November 16, 2011

Free Sample from Kotex Overnight 32cm

Free sample lagi....bestnyeee...dapat le 2 keping kotex overnight & voucher RM5. Anyways thax to Kotex. Kotex Overnight nie sesuai untuk aliran yg banyak tak kira siang atau malam kerana ia ada trimax technology utk penyerapan maksimum. Ianya selesa, tidak terlalu panjang, tidak terlalu tebal. Kalau nak free sample ni mcm biasa korang g je laman web www.kotex.com.my . Dalam laman web tu mcm2 ada such as latest articles, products, promotions, games and contest. Selamat mencuba!

Tuesday, November 15, 2011

Malam Gemilang SK Desa Jasmin 2011

Tahun ni kakak dapat hadiah kedudukan terbaik dalam Tahun 3, bagi Kelas 3 Satria.... Tahniah dari ummi, abah, fitri dan baby fatin...semoga kakak akan terus cemerlang dan tahun depan dapat hadiah lagi banyak dan menjadi pelajar terbaik keseluruhan.....Tahniah sekali lagi, and we all love kakak!!!

 Inilah hadiahnya, tempat ke-2 dalam kelas 3 Satria. Kira oklah tu. Kalau dapat buku atau alat tulis tak bleh nak buat sbg kenang2an. Anyways, thax to SK Desa Jasmin

Baby Fatin & Baby Fariha

Baby Fatin dah 2 bulan, baby Fariha lak dah 4 bulan. Cepatnya masa berlalu. Gambar di ambil masa pak lang n family datang melawat Ahad ari tu, on the way nak antar nenek ke JB coz makcik pun baru dapat baby 11/11/11. Tahniah diucapkan. Insya Allah sabtu nie g jb tengok makcik n her newborn baby.

Saturday, November 12, 2011

Kuruskan Badan(Part 1)

Petang semalam dapat satu bungkusan dari Sungai Merab, Selangor. Rupanya suami ku yg orde, produk untuk kuruskan badan. Ingatkan barang apa....anyway thax to my husband! Sebenarnya selalu juga terbaca kt majalah pasal Rd Beauty nie. Selain dr MySecretGold ada lagi produk yg lain. Produk ini boleh membantu menurunkan berat badan secara sihat dan selamat tanpa perlu berpantang dan berlapar. Selain kuruskan badan MySecretGold ini juga ada khasiat dan kelebihan yg lain. Kalau nak tahu info yg lebih lanjut  bolehlah layari laman web Rd Beauty. 
Lepas nie target turun dalam 5kg dulu dgn MySecretGold. Insya Allah......

Thursday, November 10, 2011

Bunga Oh Bunga (Part 1)

Entri kali nie nk cite pasal pokok bunga. Sejak pregnant ari tu n bila baby Fatin dah lahir bunga-bunga ku dah tak terjaga. Nak cabut rumput pun tak sempat. Nasib baiklah kebelakangan nie slalu ujan, oklah sikit. Takde lah layu pokok2 tu...Nantilah bila ada masa n bajet lebih sikit akan ku buat lawa-lawa halaman rumah ku nanti. Insya Allah......
Kesian kt pokok2 nie tak terjaga....tuannya takde masa. Nak berblog banyak lak masa! He..he..he... bukan apa, nanti tetiba baby Fatin bangun masa buat kerja...dah tertangguh lak keje....

Free Sample from Sustagen

Petang semalam dapat lagi free sample dari Sustagen. Dapat le 3 sachets perasa vanilla for 3+. Thank you Sustagen. Mengikut keterangan yg diberi, Sustagen baru nie mengandungi "Appetit Support Nutriens"(Zink, Besi, Asid Folik, Tiamina dan Vitamin B12). Nutrien ini boleh membantu memainkan peranan membangkitkan selera makan anak. Untuk dapatkan free sample ni anda bolehlah layari laman web SUSTAGEN 
Selain itu,bersama2 dgn sample percuma nie ada juga beberapa keping pamphlets dan diskaun voucher RM4. Voucher nie cuma boleh guna kat Giant dan Carrefour je.

Tuesday, November 8, 2011

Salam Aidiladha 2011

 6 hb November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H haritu semua umat Islam diseluruh dunia merayakan Hari Raya Haji. Nie 1st time baby Fatin sambut Raya Haji kat umah nenek di Kota Gelanggi 1. Sempat amik gambar skali dgn kakak sepupu...Kak Adiba n Kak Athira...Kak Dalisha x bangun tido lagi.....
 Nie gambar on the way nak balik umah nenek....kakak n abang kepenatan sampai tertido..fatin pun tido sakan! Daptlah abah drive dgn aman. Perjalanan yg begitu lama ....hampir 6 jam kerana jam yang agak teruk dr Gombak sampailah tol Bentong.
Sempat snap gambar kat tol bentong. Itupun lepas tol banyak lagi kereta....adalah setengah2 tempat jam lagi sebelum nak sampai ke tol temerloh....apa2 hal pun masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung blog Mutiara Hati. Syukur alhamdullilah kepada Allah SWT kerana kita masih lagi diberi kesempatan untuk melaksankan ibadah korban pada tahun ini.

Thursday, November 3, 2011

Sample percuma from Pet Pet

Petang semalam dapat free sample from PETPET. Sajalah coz banyak lak masa terluang untuk surf internet cari benda2 free nie....Mamypoko, huggies, sample susu free Sustagen dan banyak lagi. Kena rajinlah surf internet nie. Kalu sample susu memang perlu sgt coz tak tau fatin suka susu mana. Nak beli satu tin mahal pulak...karang dia tak minat lak minum susu tu.Rugi.....rugi.....
Kalu nak sample percuma PETPET ni bolehlah emelkan kepada
beatrice@dsgap.com
Beatrice akan respon dan dikehendaki isi satu borang untuk dapatkan sample ni. Selamat Mencuba!
semua maklumat ni dari blog Cik Shu

Wednesday, November 2, 2011

Raya Aidilfitri 2011

Raya Aidilfitri ari tu kt umah mak mentua di Kota Gelanggi 1. Actually tiap2 tahun raya memang kt sana pun coz keluarga aku kt sarawak tak sambut. Jadi kitaorg ni takde masalah nak gaduh balik raya rumah sapa tahun nie. Raya haji pun sama gak. sebabnya aku convert. keluarga aku kt sarawak majoroti masih beragama kristian..... balik pun bulan 12 sambut krismas.
Masa ni mmg tengah sarat betul, patut 29hb dah kena masuk wad...kalau tak bersalin lagi coz due 30hb. Mak mentua kata takpe tunggu sakit dulu baru pegi hospital.So aku apa lagi raya sakan dulu lah 30 & 31 hb tu. segala benda aku hentam..patut aku kena control coz BSP aku tinggi. sebab ada BSP  lah aku patut bersalin betul2 ikut due, kalu tak takut berlaku sudden death @ baby besar sangat. Risau tu memang risau...dah semua orang kata raya dulu, Insya Allah tak de apa2. Aku pun tak rasa sakit. Baby pun gerak ok.
1/9/2011 aku dan suami nekad g hospital Temerloh, sampai sana dalam pukul 3pm. lewat sikit coz pagi tu ada org dtg beraya. sampai sana doc check bukaan tak de lagi...bila scan baby dah berat dalam 3.5-3.7kg. Doctor kata kena bersalin jugak ari tu, dia suruh induce dulu. Bila doc cakap nak induce, aku pun dah gelabah coz berdasarkan pengalaman anak 1st & 2nd pun mcm tu gak...siksa menunggu. Nie bila dengar anak besar lagi lah aku kecut...aku pun dengan beraninya...tanya doc."doc, boleh tak kalu saya nak ceasaer?" Sebenarnya doktor tak bagi. Mana ada kt hospital kerajaan boleh request macm tu...lainlah kalu kau menteri! Alhamdullilah...doktor bagi. Petang tu aku puasa jap...dalam pukul 5pm aku masuk OT. Tepat 5.54pm lahirlah Nurfatin Aneesa dengan berat 4.25kg. Semua org terkejut termasuk doktor coz tak sangka lak besar mcm tu...& then ingatkan baby boy coz scan selama nie doktor selalu cakap confirm anak u lelaki! doctor tu siap cakap i tak pernah silap...lepas nih nak jumpa doc tu balik, lain kali jgn cakap besar!
Oklah dah penat bercerita.....apa2pun Alhamdulliah Nurfatin Aneesa dah dua bulan. Aku pun dah lama abih pantang. Cuti pun lama lagi......tahun depan baru keje! Bestnye....... seronok jadi cikgu sekolah rendah ni!